26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 28, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PPM Labuan gagalkan aktiviti menangkap ikan guna Pukat Trinett

PERALATAN…. pukat trenitt yang berjaya dirampas oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan, pada pagi Rabu.

LABUAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Persekutuan Labuan berjaya mengagalkan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat ‘Trinett’  oleh sekumpulan nelayan di kawasan laut Weston dan Sipitang  kira kira jam 8 pagi pada Rabu.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin  Wilayah Persekutuan Labuan, Inspektor  Shafiq Rezza berkata,   pihaknya  telah mengesan beberapa bot nelayan yang sedang aktif melakukan aktiviti menangkap  hasil laut mengunakan pukat Trinett ketika sedang melakukan rondaan Ops Benteng  COVID 19 di kawasan berkenaan.

“Sebaik menyedari  kehadiran polis nelayan  berkenaan telah bertindak meninggalkan kawasan tersebut dengan memecut bot mereka ke kawasan cetek untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun hasil daripada pemeriksaan lanjut polis marin telah berjaya merampas satu unit pukat ‘Trinett’ bersama kayu pemberat  yang ditinggalkan di kawasan berkenaan. Peralatan yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,400”|katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Shafiq berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sipitang dan barangan rampasan telah diserahkan kepada pegawai Jabatan Perikanan Sipitang untuk tindakan lanjut.

Jelas Shafiq lagi, penggunaan  pukat Trinett untuk aktiviti nelayan  adalah satu kesalahan dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985 kerana pukat Trinett adalah dilarang dan tidak dilesenkan sebagai peralatan menangkap hasil laut oleh pihak Jabatan Perikanan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN