31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis wanita, kekasih dan tiga rakan didakwa miliki 2.5 liter air ketum

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal bersama teman lelaki dan tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki air ketum sebanyak 2.5 liter di sebuah rumah, Khamis lalu.

Anggota polis itu, Raja Rozalia Fadila Raja Mamat, 30, bersama Bidah Napi, 30, Anis Najiehah Muhammad Anggelan, 27, Wan Muhammad Alif Wan Yusoff, 20, dan Muhammad Faries Aizat Ruslan, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Izdham Che Ani.

Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki cecair racun mytragynine (ketum) sebanyak 1.5 liter di sebuah rumah di Jalan Pasir Puteh-Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 3.25 pagi pada 7 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki 1 liter cecair racun sama di lokasi dan waktu yang sama.

Intan Nor Nadhirah dalam rayuannya memohon jaminan yang rendah dikenakan terhadap kesemua tertuduh terutamanya Raja Rozalia Fadila merupakan ibu tunggal selain perlu menyara dua orang anak dengan pendapatan RM1,300 sebulan.

Menurutnya, empat lagi tertuduh pula bekerja sebagai peniaga dalam talian dan peniaga kosmetik dengan pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang anggota polis itu bersama kekasih dan tiga rakan mereka ditahan selepas dipercayai menyimpan pelbagai jenis mercun, bunga api dan air ketum di rumahnya.

Selain air ketum, pemeriksaan di dalam rumah itu turut menemui 23 kotak bunga api, mercun jenis Happy Boom (20 paket), mercun jenis Magic Shoot (20 paket), crackers ball (lima kotak), mercun bola (18 bungkus) dan pelbagai jenis mercun (50 kotak) bernilai RM5,000. -KOSMO! ONLINE

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN