Polis Tenom terima laporan penafian video tular seorang wanita dibelasah hingga lumpuh.

Polis Tenom terima laporan penafian video tular seorang wanita dibelasah hingga lumpuh.

22/07/2021 Off By Admin

Deputi Superintendan Polis (DSP) Hasan Majid,

TENOM:Polis Tenom menerima laporan penafian berkenaan video yang ditularkan mengatakan seorang wanita iaitu bakal isterinya telah dibelasah oleh empat orang lelaki sehingga lumpuh.  

Menurut Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Polis (DSP) Hasan Majid, pengadu yang berumur 21 tahun yang dikatakan dibelasah  telah membuat laporan polis bagi menafikan tuduhan berkenaan.  

Katanya, pengadu juga mengatakan keempat-empat lelaki yang dimaksudkan terdiri daripada ayah kandung dan tiga orang sepupu pengaduh sendiri.  

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini.

Jelasnya, siasatan mendapati lelaki dalam video tersebut merupakan bekas teman lelaki pengadu dan video yang ditularkan tersebut kerana tidak berpuas hati hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pengadu. 

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat kenyataan berunsur fitnah.