26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis tahan wanita disyaki terlibat penipuan pembelian telefon dalam talian

SUPT.Muhamad Farid Ahmad…. Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan


LABUAN: Polis di dini  telah menahan seorang wanita tempatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pembelian telefon bimbit  dalam talian bernilai RM15,000.

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan oleh anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil  Labuan kira-kira jam 4.30 petang pada 15 Jun lalu.



Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata,  modus operandi kegiatan pembelian telefon bimbit itu dilakukan menerusi  platform media sosial laman sesawang  Facebook, namun telefon bimbit yang ditawarkan tidak wujud.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan tiga akaun bank untuk menjalankan kegiatan penipuan itu” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, mangsa penipuan yang berjaya diperdayakan oleh suspek terdiri dari Luyang, Kota Kinabalu Sabah, Serikei,  Mukah Sarawak dan  Pulau Pinang.



Muhamad Farid menjelaskan suspek telah diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD  Kota Kinbabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan” katanya. – Borneo Daily Bulletin



ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN