29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Sabah kenalpasti tiga sindiket aktiviti penyeludupan

SERAH TERIMA TUGAS...Datuk Hazani (tengah) menyaksikan penyerahan  dokumen terima tugas  antara Supt. Muhamad Farid  (kiri) dengan DSP Mohd Ibrahim yang akan memangku tugas Ketua Polis, pada Isnin.

LABUAN: Polis Sabah  telah  mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga  sindiket yang  menjalankan aktiviti penyeludupan pelbagai barang antara Wilayah Persekutuan Labuan  dan tanah besar Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata satu daripada sindiket itu telah berjaya  dipatahkan, manakala dua lagi  dijangka akan ditumpaskan tidak lama lagi.

 Beliau berkata, antara barang-barang yang sering diseludup termasuklah rokok, pelbagai jenis minuman beralkohol serta kepak ayam.

“Bagaimanapun peraturan baharu yang menyaksikan semua jenis rokok  akan dikenakan cukai di pulau  zon bebas cukai termasuk Labuan berkuat kuasa 1 Jan akan menyekat kegiatan penyeludupan rokok, namun penyeludupan minuman beralkohol ke tanah besar di Sabah, Sarawak dan Brunei  akan berterusan dan ini perlu diberi perhatian” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Labuan, pada Isnin.

Terdahulu sebelum itu beliau menyaksikan majlis serah tugas Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad kepada timbalannya, DSP Mohd. Ibrahim Mohd Ghani  yang dilantik memangku tugas Ketua Polis Labuan.

Muhamad Farid yang menyandang jawatan Ketua Polis Labuan selama  dua tahun sejak 2018 akan  bertukar   ke Jabatan Sisatan Jenayah PDRM Bukit Aman pada 4 Januari 2021.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN