26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Ranau berjaya merampas 200 kotak minuman keras tanpa cukai.

RAMPAS…sebahagian kotak minuman keras yang dirampas polis semasa SJR dekat Kg.Tanah Merah.

CLICK – 👉 https://chanteekborneo.com.my/

RANAU: Polis daerah ini telah berjaya merampas 200 kotak minuman keras tidak bercukai dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di sini pada Isnin.

Rampasan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau yang sedang bertugas SJR di Kilometer 5, Jalan Ranau – Telupid.

DSP Sammy Newton, Ketua Polis Ranau

Ketua Polis Daerah Ranau , Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton ketika mengesahkannya berkata,  dalam kejadian kira-kira jam4.30 petang itu, polis telah menahan sebuah kenderaan jenis van yang didapati dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas van yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 50-an mendapati sejumlah minuman keras (beer) disorokan di bahagian penumpang van tersebut.

https://www.facebook.com/322651261468782/posts/1136900526710514/

“Polis kemudiannya menahan pemandu tersebut dan merampas 100 kotak minuman keras jenis Binchen beer dan 100 kotak jenis Holland beer. Setiap kotak tersebut mengandungi 24 tin minuman yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan sebanyak 4,800 tin.

“Selain itu, polis juga turut merampas kenderaan yang digunakan suspek semasa kejadian,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin hari ini.

Menurut DSP Sammy, kes disiasat di bawah  Seksyen 135 (1)  (d) Akta Kastam 1967 (Akta 253).

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai barangan dan tidak lebih dua puluh kali ganda nilai barangan atau denda RM100,000.00 (mana yang lebih tinggi) atau penjara tidak kurang 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya,” tambahnya. – Borneo Daily Bulletin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN