BARANG rampasan kotak rokok dan paket plastik berisi bahan terlarang dipercayai syabu yang ditmeui dalam bot berkenaan.
Labuan: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya merampas satu paket plastik berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu yang disimpan dalam sekotak rokok bersama sebuah bot pancing jenis kayu di kawasan perairan Labuan pada Isnin.
Dalam serbuan kira-kira juam 7 malam itu anggota PPM yang sedang membuat rondaan OP Benteng COVID telah telah menjalankan pemeriksaan terhadap bot berkenaan di kawasan Ujung Pasir.

Bagaimanapun menurut Pegawai Pemangku Pegawai Pemerintah, Markas Operasi PPM Labuan, Shafiq Rezza Rahim, juragan bot tersebut sempat terjun ke laut apabila menyedari kehadiran anggota PPM dan seterusnya melarikan diri ke dalam hutan bakau berdekatan.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah dijumpai satu bungkus rokok mengandungi paket berisi ketulan dipercayai syabu” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.