25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan tumpaskan Geng Ongas yang aktif sejak 2020

Gambar – SEBAHAGIAN…. barang curi yang berjaya dirampas semula oleh pihak polis.

LABUAN: Polis di sini berjaya menumpaskan  Geng Ongas yang sangat aktif sejak tahun 2020 selepas tertangkapnya lima ahlinya  dalam beberapa  siri serbuan pada pertengahan bulan   Julai yang lalu.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, kegiatatan mereka  yang melakukan pelbagai aktiviti jenayah terbongkar  selepas tertangkapnya empat suspek  dan seterusnya membawa kepada penangkapan seorang lagi kumpulan berkenaan.

Beliau berkata dengan tertangkapnya semua  suspek itu, polis  yakin dapat menyelesaikan 10 kes jenayah  melibatkan kerugian RM18,957.50.

 “Hasil daripada saiasatan mendapati kesemua suspek telah terlibat dalam kegiatan pecah rumah, pecah gudang, pecah kedai dan pecah  kenderaan serta mencuri komponen enjin bot yang dilaporkan sejak 1 Mei hingga 15 Julai yang lalu” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Menurutnya lagi, hasil daripada siasatan itu, pihaknya telah berjaya merampas semula beberapa  barang yang dilaporkan hilang antaranya 14 karton minuman tin, 9 tong gas LPG, kipas angin, cerek pemanas air, cerek pemanas elektrik dan mesin pengisar yang dianggarkan bernilai RM2,427.50.

Sementara itu, kesemua suspek warga asing yang berumur  18 hingga 48 tahun itu  juga didapati positif dadah jenis syabu.

Tiga daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala dua mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka telah ditahan reman  sehingga 31 Julai 2021 dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 dan Seksyen 379 (1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1092,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN