26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan rekodkan dua kes kematian mengejut berasingan

LOKASI rumah tempat mangsa kes kematian  pertama di Kampung Sungai Keling

LABUAN – Polis di sini merekodkan dua kes kematian  mengejut membabitkan dua lelaki dalam kejadian  berasingan.

Pemangku Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, DSP Mohd. Ibrahim Mohd. Ghani berkata kes kematian pertama dilaporkan berlaku pada 11 Januari lalu kira-kira jam 7.24 malam membabitkan seorang lelaki  ditemukan mati dalam sebuah bilik rumah sewa di Kampung Sungai Keling.

Katanya,  mayat lelaki berumur 36 tahun itu diketahui oleh jiran yang tinggal berdekatan selepas terhidu bau busuk daripada bilik tempat simati.

KESAN renjatan elektrik  tempat kejadian  kes kematian kedua di temukan di jambatan kayu Kampung Saguking pada Rabu.

“Hasil daripada maklumat tersebut pihak polis telah membuat pemeriksaan di rumah tersebut dan mendapati mayat seorang lelaki terlentang di atas katil  dan berbau.  Turut ditemui  dalam pemeriksaan itu ialah sebotol bahan peluntur jenama  Colorex di sisi katil si mati” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Mohd Ibrahim berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, lelaki berkenaan  bekerja sebagai pemandu lori dan kali terakhir dia  dilihat pada Sabtu.

Mayat mangsa di hantar ke hospital Labuan untuk bedah siasat, manakala sample  daripada  badan mangsa dan tempat kejadian telah di hantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisa bagi mengentahui punca kematian mangsa.

Dalam satu lagi kejadian Mohd Ibrahim berkata, seorang lagi   lelaki  berbangsa Filipina berumur 26 tahun yang tidak sedarkan diri  dijumpai oleh orang awam berdekatan  jambatan kayu di Kampung Saguking  kira-kira jam  2.56 pagi  pada Rabu.

Beliau berkata lelaki yang bekerja sebagai buruh itu dihantar ke hospital Labuan dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor perubatan.

“Punca kematian mangsa dipercayai akibat  terkena renjatan elektirik  berdasarkan beberapa kesan melecur  di bahagian badan mangsa” katanya.

Jelasnya lagi,  polis mempercayai mangsa telah terkena renjatan  ketika berada  ditempat kejadian  susulan penemuan wayar elektrik yang disambungkan  kedalam kawasan penempatan untuk tujuan bekalan elektrik.

“Tiada unsur jenayah melibatkan  kedua-dua kes berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN