27.1 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 22, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Labuan gagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah

DADAH jenis syabu yang ditampas  dalam tangkapan tersebut.

LABUAN: Polis Labuan menggagalkan cubaan satu satu sindiket pengedaran dadah di pulau ini selepas tertangkapnya lima individu  membabitkan tiga  wanita dan dua lelaki pada Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Labuan DSP Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata kesemua suspek berusia 28 hingga 35 tahun terbabit ditangkap menerusi dua operasi  yang dijalankan  pada tengah hari Khamis.

DSP Mohd Ibrahim

Katanya, dua suspek pertama, merupakan dua wanita ditangkap di kawasan tempat letak kenderaan Labuan Times Square pada 12 tengah hari dan pemeriksaan ke atas suspek menemukan tiga paket dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat  7.26 gram.

Susulan dari tangkapan pertama itu,  polis telah  menyerbu sebuah rumah di Jalan Pulau Buah dan menahan  seorang  lelaki dan dua wanita pada 1.30 tengah hari.

“Hasil serbuan itu polis telah menemui 56 paket plastik pelbagai saiz yang kesemuanya berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

“Turut dirampas wang tunai RM 4,975 yang dipercayai hasil kegiatan jual beli dadah serta sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max. Anggaran berat dadah yang dirampas lebih kurang 78.15 gram” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Mohd Ibrahim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

Dua tangkapan bagi kes pertama ditahan reman selama 4 hari, manakala kes kedua  suspek  lelaki direman selama 4 hari dan tujuh hari bagi kedua-dua suspek wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN