32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Polis IPD Ranau sentiasa komited jalankan tugas .

Helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Sabah dikendalikanSupt. Nazarudin bin Husein dan Asp. Gevensri Baskran bersama Pegawai Kanan IPD Ranau.

RANAU: Polis daerah Ranau sentiasa komited menjalankan tugas tanpa mengira lokasi kawasan yang jauh atau dekat demi mempastikan keselamatan penduduk daerah ini terus terjamin.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia dalam apa juga situasi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat tidak kira mereka tinggal di pekan mahupun kawasan pendalaman.

“Masyarakat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana pihak polis sentiasa peka dengan situasi keselamatan semasa. Jika kawasan kejadian itu terlalu jauh, pihak kami akan mendapatkan bantuan unit tertentu dalam PDRM untuk memudahkan penugasan kami”. Tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penugasan pegawainya ke Kg.Mansalu dengan bantuan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah pada Rabu.

Kenderaan pacuan empat roda yang terlibat kemalangan di Kg.Mansalu turut mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun baru-baru ini.

Kawasan Kg.Mansalu merupakan lokasi terpencil terletak kira-kira 75 kilometer daripada Pekan Ranau dan memakan masa sekitar tujuh jam untuk sampai ke perkampungan tersebut menggunakan jalan darat.

Simiun turut menjelaskan, penugasan pegawainya ke kampung tersebut adalah untuk meninjau dan merakam gambar lokasi kejadian kemalangan maut membabitkan sebuah kereta pacuan empat roda yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun baru-baru ini.

Katanya, kerjasama dari unit udara PDRM Sabah sangat membantu pegawai penyiasat kes tersebut untuk sampai ke lokasi kejadian seterusnya melaksanakan tugas penyiasatan dengan sempurna.

DSP SIMIUN LOMUDIN…Ketua Polis Daerah Ranau

“Terdapat kawasan-kawasan perkampungan yang agak terpencil dalam daerah ini. Dengan adanya Pasukan Unit Udara Polis Sabah, setiap aduan masyarakat pendalaman yang berkaitan dengan agensi PDRM Ranau kita akan laksanakan sebaiknya”. Jelasnya.

Pada Rabu, helikopter Unit Udara PDRM Sabah yang dikendalikan oleh Supt. Nazarudin bin Husein dan Asp. Gevensri Baskran telah membawa dua orang pegawai kanan dari IPD Ranau iaitu Asp Helvin Ribus dan Insp.Syaurin Suhurani menjalankan tugas di Kg.Mansalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN