30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Polis Bertindak Susulan Video Pergaduhan Pelajar Sekolah Menengah di Ranau Tular di Media Sosial

RANAU: Pihak polis daerah ini telah mengambil tindakan yang sepatutnya selepas satu video pergaduhan melibatkan dua orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau telah tular di media sosial.


Kejadian berlaku di luar kawasan sekolah, berhampiran sebuah gerai makan kira-kira 20 meter dari pintu utama sekolah baru-baru ini.


Siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada ejekan terhadap motosikal milik salah seorang pelajar, mujur tiada kecederaan serius dilaporkan dalam pergaduhan tersebut.


Pada 7 November 2025, pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa dan pelajar terlibat.


Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan isu ini di peringkat sekolah tanpa melibatkan laporan polis, memandangkan kedua-dua pelajar mempunyai hubungan kekeluargaan.


Sebagai langkah tatatertib, kedua-dua pelajar ini akan menjalani tindakan disiplin selepas lembaga disiplin sekolah berkenaan mengadakan mesyuarat kemudian.


Pihak polis dan sekolah ingin menegaskan bahawa keselamatan dan disiplin pelajar sentiasa menjadi keutamaan.


Pihak IPD Ranau menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga privasi dan masa depan pelajar terlibat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN