25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PMBS UCAP TAHNIAH ATAS KEMENANGAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN

MOHD ARIFIN mengekalkan kerusi DUN Membakut buat penggal kelima.

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi  tahniah kepada presiden dan timbalan presiden persatuan ini  atas kemenangan kedua-dua pemimpin PMBS ini dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 pada Sabtu lepas.
 
Dalam PRU DU ke-17 itu Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif  mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Membakut buat penggal kelima setelah memperolehi 5,668 undi menewaskan sembilan calon lain dengan majoriti 2,017 undi.
 
Mohd Arifin yang mewakili parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menewaskan calon terdekat iaitu Cikgu Rusman Dulamat dari Barisan Nasional yang mendapat 3,651 undi.
 
Sementara itu Timbalan Presiden PMBS,Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra yang pertama kali dicalonkan juga oleh GRS untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Pantai Manis juga menang bergaya memperolehi 6,755 undi menewaskan enam calon yang lain dengan majoriti 2,131.

PG SAIFUDDIN…muka baru menang di DUN Pantai Manis.


Calon terdekat ialah Redzuan@ Garin mewakili Barisan Nasional yang memprolehi 4624 undi. Kerusi Pantai Manis sebelum ini dimenangi oleh Barisan Nasional melalui Datuk Tamin Zainal.
 
“Selaku Ketua Penerangan PMBS Pusat dan bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pusat PMBS, kita mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pemimpin PMBS ini,”kata Ketua Penerangannya, Haji Mohd Amin Haji Muin dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 
AJP PMBS juga turut mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Dr Haji Mohd Arifin kerana dilantik sebagai menteri kanan memagang portfolio Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
 
PMBS juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Hajiji Haji Noor kerana dilantik sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua dan berjaya membentuk Kabinet Negeri yang mantap yang terdiri dari pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dari GRS, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
 
Dalam pada ituMohd Amin berkata  PMBS juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada Shah Alfie Yahya yang memenangi kerusi Tanjung Keramat, Dr Daud Haji Yusof memenangi kerusi Bongawan, Azhar Datuk Haji Matussin kerusi DUN Darau dan Penaung PMBS Cawangan Putatan, Datuk Ahmad Shah Datuk Haji Ag Sahari calon Bebas menang di kerusi Petagas.
 
“AJP PMBS berdoa agar kesemua mereka dapat memberikan khidmat terbaik kepada Wilayah Sabah dan rakyat keseluruhan di negeri ini”katanya.
 
Sementara itu Mohd Amin yang juga Ketua Penerangan Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Kampung Pimping di Pantai Barat berkata PAPIM juga turut mengucapkan tahniah kepada Mohd Arifin selaku Penaung PAPIM atas kejayaan mengekalkan kerusi DUN Membakut dan jugapelantikan sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN