28 C
Kota Kinabalu
Rabu, Februari 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PMBS NAIB JOHAN PERBARISAN HARI MERDEKA KATEGORI ETNIK 

NAIB JOHAN…Kontinjen PMBS yang muncul Naib Johan bergambar kenangan.Turut kelihatan Pengurus Pasukannya yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PMBS, Haji Ahmad@Latip Haji Osman (tengah).

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) muncul Naib Johan Perabrisan Hari Kebangsaan yang ke-68 dan Hari Sabah ke-62 bagi Kategri Etnik  di sini pagi kelmarin.
 
Kemenangan ini membolehkan PMBS yang diwakili oleh PMBS Cawangan Kg Binsulok Membakut mengekalkan kemenangan yang sama pada Hari Kemerdeakaan tahun lepas. PMBS pernah menjuarai kategori ini pada penyertaan pertamanya pada tahun 2023  ketika itu diwakili oleh gabungan tiga cawangan PMBS iaitu Putatan, Tanjung Aru dan Bandaraya Kota Kinabalu.
 
Tahun ini adalah buat kali ketiga PMBS sebuah badan bukan kerajaan menyertai perbarisan Hari Kemerdeakaan Negara yang disertai oleh 169 kontinjen dan 43 kontinjen  pebagai jenis kenderaan.

TAHNIAH… Wakili PMBS Binsuluk menerima hadiah Naib Johan di majlis itu. 


 Johan Perbarisan Kategori Etnik dimenangi oleh Persatuan Kebudayaan, Kesenaian dan Warisan Bajau (SABATA) manakala tempat ketiga  Persatuan Etnik Dusun Sinokok Sabah (PDMBS).
 
Perbarisan bagi Kategori Berpakian Seragam pula, johan dimenangi oleh Jabatan Perhutanan Sabah, Naib Johan Majlis Perbandaran Sandakan dan tempat ketiga Jabatan Tanah dan Ukur. Bagi Kategori Tidak Berpakaian Seragam, Johan jatuh kepada  Kementerian Pelancongan Sabah,Naib Johan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan tempat ketiga Kementerian Kerja Raya.
 
Bagi Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) Johan dimenangi oleh Persatuan Pandu Puteri Sabah, Naib Johan Bulan Sabit Merah dan temapat ketika Majlis Belia Malaysia. Johan  semua kategori masing-masing  menerima hadiah wang tunai RM1,500, Piala dan Sijil, Naib Johan wang tunai RM1,300, Piala dan Sijil dan tempat ketiga RM1000,Piala dan Sijil.

SEGAK DAN BERGAYA…Kontinjen PMBS yang berpakaian Trafisi Masyarakat Brunei segak berjalan lintas semasa perbarisan itu. 

Hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Haji Untong.
 
Sebelum itu lebih 50,000 orang hadir menyaksikan perbarisan yang diadakan di Jalan Sedco yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Haji Aman dan isteri Toh Puan Faridah Haji Tussin, Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri,  Menteri-menteri Kabinet, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.
 
Sabah akan menyambut sekali lagi perayaan iaitu Hari Malaysia ke-62  pada 16 September ini di tempat yang sama

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN