30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PL sentiasa sokong mana mana pihak pastikan Labuan bersih

CENDERAHATI….Mahathir menerima cenderahati daripada Che Rohana sambil diperhatikan Yahya.

LABUAN: Perbadanan Labuan (PL)  selaku pihak berkuasa tempatan (PBT)  sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada mana-mana pihak  bagi memastikan Labuan sentiasa bersih.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbandanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata selain menjaga kebersihan dan keindahan Labuan, pihaknya juga akan memberikan kerjasama  menjaga dan   memulihara khazanah negara kerana ia mampu menaikkan nama Labuan khususnya dalam industri pelancongan.

Beliau berkata demikain ketika merasmikan program, “ Jom Hipicking di Chimney Walking Trail” anjuran  Jabatan Muzium Labuan  yang diadakan di perkarangan Muzium Chemney Labuan, Tanjung Kobung pada Sabtu.

PESERTA….sebagahagian peserta yang menjayakan Kempen Hipicking Chimney Wakling Trail.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan, Mahathir Abdul Hamid.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Muzium Labuan, Che Rohana Hussien, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan, Aminah Samsudin dan Pengetua SMK Mutiara Labuan, Yahya Ahmad Puteh.

Sementara itu, Che Rohana ketika berucap berkata,  kempen ‘Jom Hipicking di Chimney Walking Trail’ merupakan satu wadah  dalam mendidik komuniti  menjaga kebersihan persekitatan Labuan termasuk di kawasan Chimney dan laluannya.

Beliau juga berterima kasih kepada kumpulan Eco-Alfa Go SMK Mutiara yang mempunyai inisiatif untuk membuat inovasi sekaligus membantu pihaknya menyedarkan masyarakat tentang penjagaan bangunan bersejarah dan alam sekitar.

Kempen yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu telah disertai 80  peserta pelbagai peringkat umur yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Antara agensi kerajaan dan swasta yang terlibat termasuklah  Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Penyiaran Labuan, Pengakap Labuan, Majlis Belia Labuan, Syarikat  Supply Base, Labuan Supply Base, Labuan United, Elora Apparel, Skipper Corner, dan Tira Biru Katering.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN