26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PL peruntukan RM50, 000 baik pulih Balai Raya Sungai Miri.

Zaliha (tengah) bersama Sukuran dan Simdudin ketika meninjau keadaan balai raya Sungai Miri.

LABUAN: Perbadanan Labuan memperuntukan RM50 000 untuk membaik pulih infrastruktur Balai Raya Kampung Sungai Miri yang rosak teruk selepas dilanda ‘ puting beliung’ hujung bulan Ogos lalu.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.
kepada media selepas meninjau keadaan bangunan balai raya berkenaan pada Rabu.

Beliau berkata, turut dilaporkan rosak teruk dalam kejadian i itu ialah beberapa rumah kediaman, bangunan sekolah dan kemudahan awam lain.

“kita juga telah di maklumkan pelbagai pihak telah meninjau lokasi berkenaan bagi menilai bantuan yang akan disalurkan, khususnya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)”, katanya.

Beliau yang prihatin dengan mangsa yang ditimpa musibah turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simdudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Sukursn Mohd Taib.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN