SERAH… Dr Fary menyerahkan sumbangan kuih raya kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Perbandanan Labuan, Musa Bariong.
LABUAN: Perbadanan Labuan (PL) mengagihkan sebanyak 500 bungkusan kuih raya kepada anggota barisan hadapan yang terpaksa bertugas semasa cuti raya bagi membendung penularan Covid 19 di pulau ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr, Fary Akmal Osman berkata sumbangan itu sebagai tanda penghargaan Perbadanan Labuan kepada petugas barisan hadapan yang melibatkan pelbagai agensi yang terpakasa bertugas sepanjang cuti hari raya.

TERIMA KASIH….. Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad menerima bungkusan kuih raya daripada Dr. Fary.
“Perbadanan Labuan memberikan sedikit sumbangan berupa bungkusan kuih raya kepada petugas barisan hadapan Covid 19 daripada pelbagai agensi yang terpaksa mengalas tugas semasa cuti raya dan kita berharap sumbangan ini akan dapat memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada mereka yang tidak dapat bercuti ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan kuih raya kepada anggota keselamatan Sekatan Jalan Raya (SJR) di pusat bandar, di sini, pagi kelmarin.
Antara agensi lain yang menerima sumbangan tersebut ialah Jabatan Kastam Labuan dan Jabatan Kesihatan Labuan yang bertugas di Terminal Feri Kenderaan Labuan, Bahagian Penguatkuasa Perbadanan Labuan, Pusat Kawalan Operasi Bencana Wilayah Persekutuan Labuan (PKOB) anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, petugas Sukarelawan Malaysia (RELA), Anggota Pertahanan Awam (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

KUIH RAYA…. Dr. Fary menyampaikan bungkusan kuih raya kepada Ketua Penguatkuasa Kastan Bahagian Terminal Feri Kenderaan, Md. Faizal Basiah.
“Turut menerima sumbangan kuih raya itu ialah para petugas Pusat Kuarantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan 26 individu yang masih menjalani proses kuarantin di pusat itu dan juga petugas Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)” katanya.
Pada masa yang sama beliau juga turut menyerahkan bungkusan kuih raya kepada pekerja unit Tapak Perlupusan Sampah dan Unit Landskap Perbadanan Labuan yang terpaksa bekerja semasa cuti hari raya nanti./