27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKRC di Dewan Perbadanan Labuan ditutup

CENDERAHATI….Dr Ismuni (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada wakil Perbadanan Labuan sempena Majlis penutupan PKRC dan penyerahan semula Dewan Perbadanan Labuan.

LABUAN: Jabatan Kesihatan Negeri, Wilayah Persekutuan Labuan telah menutup secara rasmi pengoperasian Pusat Kawalan dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan pada 1 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ismuni Bohari dalam satu kenyataan media di sini pada Khamis berkata, PKRC Dewan Perbadanan Labuan yang beroperasi sejak dua tahun lalu telah menempatkan seramai 1,970 pesakit Covid 19 dan bermula pada 22 Mac 2022, PKRC ini tetap kekal beroperasi walaupun tidak mempunyai pesakit.

“PKRC ini telah dilengkapkan dengan kemudahan sebanyak 130 buah katil iaitu melibatkan 110 katil biasa dan 20 buah katil lagi yang dilengkapi peralatan gas oksigen” katanya.

Beliau berkata, antara agensi yang terlibat dalam melaksanakan penugasan di PKRC Dewan Serbaguna PL ini ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Sementara itu kataya, pengoperasian PKRC Dewan Serbaguna PL ini dilihat sebagai langkah advokasi kepada umum mengenai seriusnya pendamik Covid 19 serta langkah yang tepat pada masanya kerjasama antara pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi-agensi lain di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam membantu mengekang wabak Covid 19 yang agak tinggi di pulau ini.

Terdahulu sebelum itu, Dr Ismuni ketika berucap pada Majlis Penutupan dan Penyerahan semula PKRC Dewan Serbaguna PL berkata, program vaksinasi dalam golongan dewasa di pulau ini yang mencecah hampir 100 peratus menjadi faktor utama kes jangkitan Covid 19 tidak meningkat.

“Kerjasama yang melibatkan semua agensi termasuk komuniti juga turut membantu dalam usaha membendung penularan dan jangkitan wabak itu dengan hanya merekodkan kurang lima kes setiap hari” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN