30 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKPPUMS MENJADI RAKAN STRATEGIK BORNEO DAILY BULLETIN DALAM PENGUKUHAN  KEBERKESANAN PENYAMPAIAN

OLEH: DR JURRY FOO

Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (https://www.facebook.com/pkppumskk).

KEBERKESANAN penyampaian adalah satu daripada kunci perkhidmatan efektif dalam KRA yang disasarkan Universiti Malaysia Sabah.  Sehubungan dengan itu melalui KRA4 Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (PKPPUMS) mengambil inisiatif menjadi rakan strategik Borneo Daily Buletin sebagai medium penyampaian maklumat yang akan dimanfaatkan untuk mendekatkan universiti kepada masyarakat sejajar dengan slogan University for Society. Inisiatif tersebut menggalakkan warga PKPPUMS, iaitu termasuk staf, jurulatih dan mahasiswa menulis pelbagai jenis bahan penulisan yang bersifat perkongsian ilmu dan maklumat. Dalam mencapai KRA yang sama, PKPPUMS menumpukan kepada pemantapan kompetensi jurulatih, pelaksanakan Bengkel ToT secara lebih berkesan dan digitalisasi penyampaian maklumat.

Strategi PKPPUMS untuk KRA1 berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) pula menekankan kepada pemerkasaan ekosistem PdP yang kondusif di mana ia perlu dilaksanakan dengan jalinan komitmen atau secara kolektif antara PKPP,  mahasiswa dan jurulatih malahan dengan penglibatan masyarakat. Antara strategi yang disasarkan adalah Mempercepatkan proses penawaran kursus, pemantauan Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB), kelestarian mesyuarat akademik, memenuhi kepuasan mahasiswa yang diukur melalui sistem  Maklum Balas Penyampaian Kursus Pelajar (MPKP) atau Penilaian Kursus Pelajar (PK07), pembentukan mahasiswa berjiwa masyarakat melalui pengukuhan  program Mahasiswa Prihatin (SPRINT), mengoptimum sistem e-pembelajaran sesuai dengan normal baharu, memperkasakan program pembentukan insaniah pelajar dan beralih kepada PdP teradun dan interaktif.

Bagi KRA2, Karnival inovasi akan diperkemaskan bagi membudayakan rekacipta dan inovasi yang merupakan keperluan modal insan pada masa kini. Karnival Kokurikulun yang diperkenalkan pada semester lepas turut disokong Majlis Belia Sabah (MBS) dengan menyuntik dana yang digunakan pusat ini sebagai hadiah galakan kepada pemenang. Pengiktirafan ciptaan mahasiswa dari PKPPUMS di  peringkat antarabangsa pula menunjukkan bahawa program ini mampu menjadi ruang pendedahan kepada mahasiswa di samping mengharumkan nama universiti.

Prof. Datuk Chm. Ts.  Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Dr.Jurry Foo dan Datu Tumanggong Datu Manong.

Manakala KRA3 akan dipacu melalui penyertaan program peringkat antarabangsa warga PKPPUMS.  Sementara KRA5 disasarkan kepada usaha mempelbagaikan aktiviti penjanaan dengan mengoptimumkan sumber termasuk mempelbagaikan fungsi ODEC untuk penyewaan ruang. Bagi memastikan kelestarian kampus dapat direalisasikan, KRA6 menumpukan kepada penyediaan aktiviti kemasyarakatan yang fokus kepada  kelestarian persekitaran, disamping digitalisasi kaedah penyampaian PdP, pembudayaan pengurusan dan pentadbiran berkualiti serta menekankan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Strategi PKPPUMS ini telah dirangka melalui retreat tahunan yang diadakan pada 7 dan 8 March 2022, diketuai Ketua Pentadbiran En. Datu Tumanggong Datu Manong. Resolusi retreat dikongsikan kepada semua wakil fakulti, akademi, pusat dan institut pada majlis perasmian penutupan retreat yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, YBrsh. Profesor Datuk Chm. Ts.  Dr. Taufiq Yap Yun Hin. Beliau turut menyatakan keyakinan  terhadap kemampuan PKPPUMS merealisasikan resolusi tersebut dan turut mengigatkan bahawa dalam melaksanakan tanggungjawab membentuk mahasiswa holistik melalui kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan di pusat ini, pembentukan akhlak mahasiswa tidak boleh diabaikan kerana ia adalah pelengkap kepada modal insan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN