GAMBAR ATAS: Antara penderma darah sempena program itu
RANAU : Meskipun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun tidak menghalang Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) daerah ini untuk melaksanakan program Menderma Darah bagi mengisi tabung darah hospital daerah Ranau yang kini kekurangan tabung darah untuk keperluan semasa.
Sempena program murni itu Jawatankuasa penganjur (ALPH) Ranau, yang mendapat kerjasama daripada Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) Ranau dan pihak Hospital telah berjaya mengutip 86 paint darah daripada para penderma darah, melebihi sasaran awal 50 pain.

Pengerusi ALPH Ranau, Benedict Gunda, ketika dihubungi berterima kasih kepada orang ramai kerana sudi Menderma Darah sempena progam tersebut yang merupakan kali ketika diadakan tahun ini.
‘Kita akan mengadakan program seumpama ini dari masa ke samasa sebagai usaha membantu pihak hospital mengisi tabung darah untuk kegunaan para pesakit yang memerlukan “, jelas Benedict.
Hadir sama ialah , Pengerusi BSMM Ranau, Jailey Bin Paidi. /-
           Â
