26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PKP- Seramai 1250 Ketua Isi Rumah Dari 149 Kampung DUN Sook Terima Bantuan.

Gambar Atas– Ellron (depan dua dari kiri)bersama penyelaras-penyalaras Star peringkat kampung yang dipertanggungjawabkan mengagihkan bantuan tersebut.

KENINGAU:Seramai 1250 Ketua Isi Rumah (KIR)melibatkan 149 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Sook menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook.

Bantuan dalam bentuk beras dan bahan-bahan makanan itu diagih-agihkan melalui Pejabat ADUN Sook.

Ellron (tengah)bersama penyelaras Star yang sedia membawa bantuan di peringkat kampung.

ADUN Sook Datuk Ellron Alfred Angin berkata, bantuan itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)berikutan penularan COVID-19.

Katanya, bantuan diagihkan kepada mereka yang memerlukan yang telah dikenalpasti di setiap kampung di kawasan ini.

Ellron yang juga Timbalan Presiden Parti Star Sabah berkata, pengagihan bantuan dikendalikan oleh penyelaras parti di setiap kampung.

“Kita bagi kepercayaan kepada mereka kerana mereka lebih mengenali keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan” katanya kepada Borneo Daily Bulliten selepas menyampaikan bantuan kepada penyelaras-penyelaras Star peringkat kampung hari ini.

Turut sama Ketua Bahagian Star Tulid Charles Ikang. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN