PRIHATIN……..Ustaz Fazli menyampaikan bantuan kepada penerima.
RANAU: Sebanyak 36 buah rumah di Kg. Sumbilingon di sini, telah menerima
bantuan berupa keperluan dapur melalui program Kempen Seorang Sekampit
Beras dan Dapur Belia Edisi Ramadhan 2020 kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ranau, ABIM Sabah dan Majlis Belia Sabah.
Seramai 21 kanak-kanak terdiri dari golongan keluarga kurang berpendapatan
juga turut menerima sumbangan berupa susu formula sumbangan Abim Ranau.
Penghantaran bantuan itu, diketuai Yang Dipertua ABIM Ranau, Ustaz Fazli Bin
Middie yang mendapat kerjasama daripada krew Belia Abim Ranau, bagi melancarkan perjalanan program tersebut.
Fazli ketika dihubungi memberitahu, sumbangan itu telah dimanfaatkan oleh 138 orang ketua keluarga. Ini kerana sebahagian daripada ahli keluarga mereka yang sudah berkahwin tetapi masih tinggal serumah dengan ibubapa.
Menurutnya, kesemua penerima adalah terdiri dari golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan arahan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB
“Dengan bantuan yang dihulurkan ini, akan dapat memberikan kegembiraan serta mengurangkan beban kepada keluarga mereka. Terima kasih juga kepada semua pihak yang tampil menyumbang,” kata Fazli.