28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Pihak Tabung Darah Hospital Daerah Ranau ucap terima kasih kepada penderma

Antara penderma darah yangmenjayakan program tersebut.           

RANAU: Pihak Tabung Darah Hospital daerah ini, merakam penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang sudi hadir menderma darah sempena program kempen Derma Darah yang diadakan di Tapak Tamu daerah ini pada Sabtu.

Juruteknik Teknologi Makmal Tabung Darah Hospital Ranau, Gracy John yang mengetuai pelaksana  program  itu ketika ditemui, berterima kasih kepada para penderma darah yang menyokong aktiviti tersebut yang sangat penting dan amat diperlukan di hospital daerah bagi membantu menyediakan bekalan darah secukupnya kepada mereka(pesakit) yang memerlukan terutama pesakit Tallesemia, ibu lepas bersalin dan mereka yang terlibat dengan kemalangan amat memerlukan bekalan darah dengan segera.

Menurut Gracy, seramai 15 orang staff  petugas mengendalikan program itu dan berjaya mengumpul 41 pain darah daripada para penderma.

“Kita mengharapkan jumlah itu bertambah pada aktiviti ‘Derma Darah’ yang dijangka diadakan pada bulan Ogos tahun ini”, jelas Gracy, sambil memaklumkan para penderma darah pada kali ini telah menerima sumbangan berupa barang makanan seperti beras.

“Pihak Tabung Darah Hospital juga berterma kasi atas kerjasama daripada Persatuan Kelab Usahawan Maju  (Kumaju) Sabah kerana turut bekerjasama dengan penganjur bagi menjayakan program tersebut.

“Kita mengharapkan supaya lebih banyak NGO tampil membantu program itu yang diadakan setiap bulan untuk membantu mengisi tabung darah hospital Ranau.”Setitik Darah boleh menyelamatkan  nyawa”,tambah Gracy.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN