31 C
Kota Kinabalu
Rabu, Disember 4, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PIHAK BEKAITAN DIMINTA PEKA ISU KOS PERBELANJAAN RAKYAT DARI SEMANANJUNG KE SABAH

Bung Moktar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin peka dengan kesukaran dihadapi rakyat Sabah di Semenanjung yang ingin pulang ke Sabah.

Beliau berkata, kos sara hidup rakyat Sabah dari Kuala Lumpur semakin meningkat.

“Apa tidaknya, rakyat sabah terpaksa menghadapi isu tentang balik ke sabah.

“Kos semakin meningkat dan mahal.. mana nak beli tiket mana nak swab.. kalau bujang atau berseorangan nak balik sendiri pun terpaksa bajet betul-betul, bagaimana pula yang bersama keluarga.. kalau suami dan isteri ditambah anak empat orang bukankah kos terlalu tinggi dan meningkat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, selepas melakukan ujian calitan, jadual penerbangan pula ditangguh ke hari lain manakala keputusan ujian calitan hanya boleh diguna tiga hari saja.

“Kena buat ujian swab lepas itu dapat emel penerbangan di tangguh ke hari yang lain, keputusan ujian swab ini cuma pakai selama tiga hari, penerbangan seterusnya kena swab lagi, keluar duit lagi.

“Saya harap pihak MKN dan lain-lain pihak yang bertanggungjawab, prihatin dan memahami keadaan serta kesan yg dihadapi oleh rakyat sabah yg perlu melalui keadaan seumpama ini.

“Sebab mereka ini bukan suka hati untuk pergi balik akan tetapi mereka terpaksa kerana ada sebab sebab tertentu yg perlu dibuat,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN