Robert (tengah)dan Pairin (dua dari kiri). Turut kelihatan Pengetua SMK Bingkor Alexius Tingadon (dua dari kanan).
KENINGAU:Persatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin di Pejabat ADUN N. 40 Bingkor pada Jumaat lepas.
Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Pengerusi PIBG SMK Bingkor Pairin Angkut dan turut disertai oleh Pengetua SMK Bingkor Alexius Tingadon.
Pairin berkata, tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk memaklumkan kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengenai program dan aktiviti persatuan itu sepanjang Tahun ini.
Menurutnya, keahlian PIBG sekolah tersebut adalah dikalangan ibu bapa murid dari kampung-kampung di DUN Bingkor yang ada bersekolah di sekolah tersebut.
Sementara itu Robert yang mengalu-alukan kunjungan rombongan PIBG itu berkata, beliau akan sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam membantu kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah tersebut.
Pada masa sama beliau menyeru kepada PIBG khususnya para ibu bapa dapat bersama menjayakan untuk mencapai matlamat Dasar Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025 iaitu antara salah satu teras utamanya ialah melahirkan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.
Robert juga merakamkan ucapan terima kasih keoada PIBG SMK Bingkor atas kunjungan hormat tersebut dan sentiasa terbuka untuk menerima siapa saja yang ingin melawat dan mengunjunginya.
“Pintu Pejabat saya sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan hormat mana-mana pihak sama ada berkumpulan atau individu. Inilah tanggungjawab saya sebagai ADUN di kawasan ini” jelasnya.



