25.5 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PIBG berperanan sebagai pelengkap terhadap fungsi KPM: Yazid

Haji Yazid semasa menyampaikan teks ucapan Robert.

KENINGAU:Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) berperanan sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif. 

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, sesebuah sekolah yang berjaya bergantung kepada pengurusan PIBG yang cekap, bertanggungjawab dan ikhlas. 

Katanya, ini bukan sahaja melibatkan pengetua, guru- guru dan ahli jawatankuasa PIBG sahaja tetapi juga ibu bapa dan semua ahli komuniti melalui inisiatif PIBK. 

“Ini kerana kecemerlangan anak- anak kita sebenarnya bermula dari rumah” katanya dalam teks ucapan perasmian

Mesyuarat Agung PIBG SMK Apin- Apin Keningau tahun 2022 pada Jumaat.

Teks ucapan Robert yang juga ADUN Bingkor disampaikan oleh Ahli Majlis Daerah Keningau Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

“Selepas kita dilanda musibah Covid-19, peranan ibu bapa menjadi semakin kritkal. Ramai di antara kita yang berhadapan cabaran ekonomi dan perbelanjaan anak- anak semakin meningkat tetapi anak- anak ini adalah pelaburan kita pada masa hadapan, bukan sahaja untuk keluarga tetapi untuk bangsa dan negara.

Oleh itu, apapun keperluan dan bantuan , sama ada kepakaran atau tenaga sekalipun yang kita boleh beri kepada pihak sekolah sebagai ibu bapa, kita usahakanlah sebab ini semua demi kemajuan dan kemenjadian anak- anak kita” jelas Robert.

Robert yakin sekolah dan ibu bapa akan lebih cemerlang jika komuniti khususnya ibu bapa bersama- sama kurangkan rungutan negatif dan bersama-sama cari jalan penyelesaian untuk sebarang isu dihadapi.

Menurut Robert PIBG adalah medium untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru- guru di sekolah. 

Katanya, dengan adanya permuafakatan ini, persefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dapat diwujud.

“Semua ini adalah sebagai usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan. Ini juga bertujuan meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat” katanya. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN