33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Petugas Klinik Kesihatan Lohan terima sumbangan air minuman

Souziah (kanan) menyerahkan mineral water kepada Sister Anisah.

Oleh: Jainuddin Nasir

RANAU: Para petugas di Klinik Kesihatan Lohan yang juga dijadikan Pusat imunisasi Vaksin Covid-19, 3.0 kebangsaan turut menerima sumbangan berupa minuman ringan (mineral water) sumbangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

Sumbangan mineral water itu adalah inisiatif Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau, YB.Jonathan Yasin.

Ramai yang sempat ditemui, masing-masing melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada atas sumbangan minuman ringan kepada orang ramai yang berurusan menunggu giliran untuk suntikan Covid-19.

“Kami berterima kasih kepada Jonathan kerana menghulurkan sumbangan minuman ringan kepada orang ramai”, jelas Jabilin Kodsingin, salah seorang penduduk Kg.Minihas Lohan, yang turut menerima suntikan vaksin Covid-19 kali pertama.

Penghantaran dan penyerahan minuman ringan telah sampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen, Ranau, Souziah Binti Mainin (mewakili Pusat Khidmat Rakyat) kepada Sister Anisah Johari yang mewakili para petugas di Klinik Kesihatan Lohan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN