26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KKM akan beri cuti rehat kepada ‘Frontliner’ lepas 5 bulan berjuang

Gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa bulan berkhidmat tanpa henti bagi mengawal pendemik Coronavirus (Covid19), frontliner Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.

Berita gembira itu diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media kemarin.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Fail

“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir.”

“Ini memberikan masa untuk frontliner berehat sebentar dan memulihkan semangat masing-masing selepas bertungkus-lumus selama hampir 5 bulan.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.”

Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.

“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan.”

Berita tersebut sudah tentu memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini.

Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN