GAMBAR ATAS: Robert menyampaikan sumbanang mask kepada Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali.
KENINGAU:Ahli Dewan Undngan Negeri (ADUN)Bingkor Robert Tawik menyampaikan sumbangan penutup hidung dan mulut (mask)kepada petugas-petugas barisan hadapan PKPB Covid-19 di daerah ini.
Sumbangan itu diterima oleh Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali di pusat gerakan bencana Covid-19 Pejabat Daerah Keningau hari ini.
Menurut Robert, beliau memberi sumbangan itu kerana ia adalah keperluan harian petugas-petugas barisan hadapan sepanjang PKPB.
Katanya, sumbangan mask itu turut disampaikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.
“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya sentiasa bekerjasama dengan petugas-petugas barisan hadapan. Selain memberi bantuan barang makan kepada penduduk yang terkesan dengan PKP yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dan kini PKPB, kebajikan para petugas barisan hadapan juga perlu diambil perhatian” katanya.
Ini katanya, kerana para petugas barisan berisiko semasa menjalankan tugasan sama ada di sekatan-sekatan jalan raya dan di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai.
Sehubungan dengan ini Robert menyeru agar masyarakat di kawasan ini mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan dalam tempoh PKPB.
Katanya, walaupun beberapa kelonggaran dalam pelaksanaan PKPB namun masyarakat jangan ia sebagai kebebasan bergerak ke sana sini.
“Kelonggaran itu sebenarnya adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat yang benar-benar ada urusan penting sahaja seperti mendapatkan barang-barang keperluan dan urusan yang berkaitan dengan rawatan di klinik atau hospital” katanya.
Katanya lagi, masyarakat perlu berwaspada kerana wabak covid-19 adalah musuh senyap. Tamat/-