26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah ambil alih Penyeliaan Tadbir Urus Badan Sukan Labuan

SIMBOLIK…  Abu Zarin menyerahkan dokumen  penyerahan penyeliaan tadbir urus badan sukan Labuan secara simbolik kepada Sempini (kiri ).

LABUAN: Bermula bulan ini (Jun) Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah mengambil alih Penyeliaan Tadbir Urus Badan Sukan di pulau ini.

Menurut satu sumber dari  Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah,  penyerahan penyeliaan  tadbir urus badan sukan itu  daripada  Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bukan saja akan memudahkan badan sukan  di pulau ini  berurusan, tetapi juga  dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila berurusan dengan Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah.

Badan sukan itu juga akan mudah untuk bersemuka dengan pegawai serta Pesuruhjaya Sukan Sabah untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai hal-hal pengurusan badan masing-masing.

Menurut sumber  itu lagi, dengan pertukaran penyeliaan tadbir urus badan sukan di Labuan akan lebih meningkat dan teratur disamping mampu melahirkan lebih ramai pentadbir sukan, jurulatih dan atlit dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebanyak 50 buah badan sukan yang berdaftar di pulau ini telah hadir bagi menyaksikan majlis simbolik  penyerahan penyeliaan tersebut yang disampaikan  Penolong Pesuruhjaya Sukan, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Abu Zahrin Abu Hassan kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sabah, Sempini Langiton.

Majlis ringkas berkenaan telah diadakan di Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan, baru baru ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN