25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PERUBAHAN PEDAGOGI MELALUI PEMBELAJARAN TERBEZA SUATU PENDEKATAN MENYELURUH DAN FLEKSIBEL

Gambar : DG. Noor (5 dari kiri) dan Alexius (berbaju merah) bersama sebahagian yang hadir dalam sesi foto

DALAM usaha memastikan pembelajaran berorientasikan pertumbuhan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kemenjadian murid itu satu realiti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan penekanan kepada salah satu projek iaitu perubahan pedagogi.

Aspek perubahan pedagogi memerlukan guru menekankan kepada PdP berpusatkan murid. Perubahan ini akan dapat direalisasikan jika guru dan sekolah melaksanakan pembelajaran yang bermakna dan berkonsepkan didik hibur, mewujudkan suasana Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) serta mengendalikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan betul.

Perubahan pedagogi melalui program Pembelajaran Terbeza merupakan suatu pendekatan menyeluruh dan fleksibel. Pendekatan ini melibatkan perancangan, persediaan dan penyampaian pengajaran untuk disesuaikan dengan keupayaan murid yang pelbagai di dalam bilik darjah.

Wilemina (kiri) dan Annong (kanan) membentangkan bengkel Pembelajaran Terbeza

Pegawai SISC+ TVET, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, DG. Noor Aidah ABD Momin semasa membentangkan slide taklimat pada Program PLC KPMPerkasaKU (CUP 3) di Makmal Komputer SK. Nalapak, baru-baru ini, berkata Pembelajaran Terbeza terdiri dari empat elemen iaitu isi kandungan, proses, hasil pembelajaran dan persekitaran. Ia mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran sekaligus murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi.

Menurut DG. Noor Aidah, Lima Prinsip Asas Pembelajaran Terbeza iaitu tugasan perlu mengambil kira ketaksamaan dari aspek pertimbangan minat dan relevan kepada murid, peluang yang mencabar mampu meningkatkan kebolehan murid, memenuhi keperluan minat dan gaya pembelajaran yang pelbagai, proses pembelajaran terbeza dan pentaksiran tidak boleh diasingkan, fleksibiliti dalam pembentukan kumpulan dan tugasan yang diberikan kepada murid mestilah bermakna, signifikan dan menarik untuk membangunkan kapasiti murid.

Hadir dalam program itu ialah Guru Besar SK. Nalapak, Alexsius Majinggol, Paul Gambisir (Guru Kanan Pentadbiran), Mohd Zulfazly Mohammad Rashid (Guru Kanan Kokurikulum), Shamsuddin Salamun (Guru Kanan HEM), Rusnita Sarinin, Petrus Gimbang, Syafiq Abdullah, Joe Lidy Taip, Annong Parijo dan Wilemina Biri Anak Embit.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN