Kalvin (tujuh kanan) merakam gambar kenangan dengan Datuk Jonathan(enam kanan) bersama yang lain selepas upacara ‘Eyes Dothing’ Kepala Singa.
RANAU: Pertubuhan Tarian Singa dan Naga Chun Chu Kong pekan disini merakam penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah, atas sumbangan satu lagi Kepala Singa kepada Chun Chu Kong tahun ini.
Pengurus Chun Chu Kong Ranau, Kalvin Chua memberitahu pihaknya bersama 5 penerima Kepala Singa yang lain berterima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan membantu kepada semua persatuan Tarian Singa dan Naga di Sabah khususnya Chun Chu Kong Ranau.
“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan atas sumbangan itu yang amat bermakna kepada masyarakat Tionghua”, jelas Kalvin ketika ditemui selepas upacara ‘Eyes Dothing’ kepada 11 Kepala Singa yang disempurnakan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di bangunan Chun Chu Kong pekan Ranau pagi tadi (30 Januari).
Kalvin turut berterima kasih atas kesudiaan Datuk Jonathan untuk datang menyempurnakan upacara ‘Eyes Dothing’ tersebut.
Hadir bersama rombongan Datuk Jonathan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (dilantik), Datuk Amisah Yassin dan Datuk Koo Bo Eng (pengurus majlis) serta rombongan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.