Timothy (dua dari kanan)menyampaikan sijil pendaftaran Persatuan Tae Kwon Do Keningau kepada Robert sebagai cenderakenangan.
KENINGAU:Persatuan Tae Kwon Do Daerah Keningau (GTF) mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin pada Jumaat lepas.
Rombongan diketuai Oleh Presiden Tae Kwon Do Keningau Timothy Martin Wong.
Dalam kunjungan tersebut Timothy memberi taklimat kepada Robert mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan sepanjang tahun ini.
Sementara itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengajak golongan belia mengisi masa lapang mereka dengan melibatkan diri dalam organisasi seperti Tae Kwon Do.
Katanya, selain mempertahankan diri, Tae Kwon Do juga boleh mendisiplinkan dan menghindarkan diri daripada kegiatan-kegiatan yang meruntuhkan moral.