ADVERTISEMENTspot_img

Persatuan Sikh Tuaran Serah Sumbangan Menerusi Misi Bantuan UMS Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Numbak.

Prof Datuk Dr Kasim (tiga kanan) menerima sumbangan daripada Rakam Singh sambil diperhatikan Prof. Datuk Dr. Ismail (empat kiri).

KOTA KINABALU: Tuaran Sikh Sabha (Persatuan Sikh Tuaran) telah menyerahkan sumbangan barangan terpakai dan keperluan asas bagi membantu mangsa kebakaran Kampung Numbak menerusi Misi Bantuan UMS.

Majlis penyerahan berlangsung di Foyer Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Persatuan Sikh Tuaran, Rakam Singh, yang mewakili Presiden persatuan, Darshan Singh.

Turut mengiringi beliau ialah Penolong Setiausaha persatuan, Darwin Singh, dan ahli persatuan, Sanjay Yap.

Sementars itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansur, bersama Dekan PPIB UMS, Prof. Datuk Dr. Ismail Ali menerima sumbangan itu bagi pihak UMS.

Terdahulu Rakam Singh berkata, inisiatif pengumpulan barangan daripada ahli-ahli persatuan merupakan lambang solidariti dan kebersamaan masyarakat dalam meringankan beban sesama insan.

“Inisiatif ini merupakan tanda keprihatinan Persatuan Sikh Tuaran kepada komuniti di Sabah, khususnya penduduk Kampung Numbak yang diuji musibah ini. Walaupun bantuan yang dihulurkan ini bersifat bersederhana, kami berharap ia dapat memberikan sedikit kelegaan, kehangatan, serta modal semangat buat keluarga terjejas untuk bangkit semula,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN