32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PERMIT EKSPORT MAKANAN LAUT MENERUSI LALUAN AIR WAJAR DIPERCEPATKAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri dibawah kuasa Ketua Menteri Sabah wajar mempercepatkan pengeluaran permit eskport kepada syarikat berlesen bagi memudahkan proses pengeksportan makanan laut melalui laluan laut.

Pembantu Menteri Pertainan dan Perikanan Negeri Sabah, Datuk James Ratib (gambar), berkata ini kerana terdapat lambakan produk makanan laut di negeri ini yang gagal dieksport keluar negara kerana ketiadaan permit pengangkutan menerusi laut yang dibenarkan kerajaan negeri.

Katanya, permit eksport yang dicadangkan ini bukan sahaja mampu mempromosikan produk makanan laut segar dari negeri ini, malah boleh merancakkan lagi sistem eksport dan import untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri.

“Sebelum ini, saya difahamkan memang terdapat syarikat yang diberikan permit mengeksport makanan laut ke Hong Kong melalui laluan laut. Tetapi telah diberhentikan operasinya dan kini hanya tertumpu pada laluan udara sahaja”. Jelasnya.

Tambah James, Hong Kong ketika ini amat berminat dengan produk makanan laut daripada negeri Sabah terutama sekali Udang Galah, Ketam, Ikan Sotong dan kerang.

Namun pengangkutan udara yang terpaksa mengangkut kesemua produk tersebut mengikut kapasiti kecil tidak memenuhi permintaan besar di negara tersebut.

Ketika ini beberapa daerah di Sabah menjadi antara hub pengeluar utama produk makanan laut seperti daerah Pantai Timur Sandakan, Tawau dan Lahad Datu manakala di Pantai Barat seperti Kudat turut memainkan peranan sama.

“Sekurang-kurangnya dengan adanya kebenaran permit eksport melalui jalan laut kepada syarikat berlesen, ia akan merancakkan lagi pemain industri makanan laut di Sabah”. Tegasnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Justeru itu, James turut mengalu-alukan sebarang perbincangan mengenai cadangan itu yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Laut dan Jabatan Perikanan Negeri Sabah.

Katanya, Akta perikanan 1985 (Akta 317) telah memberikan semua hak kutipan hasil berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan, sementara Sabah hanya mempunyai hak terhadap produk ikan atas darat seperti ikan air tawar dan produk akuakultur sahaja.

“Keadaan ini menyebabkan Sabah mengalami kerugian berbilion ringgit. Keadaan bertambah teruk apabila larangan eksport dikuatkuasakan terhadap produk perikanan laut segar atau beku pada 2016.

Katanya, berdasarkan kemampuan Sabah dalam penjanaan pendapatan dalam sektor berkenaan, sudah tibanya negeri ini diberikan kuasa penuh untuk mengawal eksport perikanan serta pendapatan sendiri.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN