27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Perluaskan sistem tagal di kawasan Bingkor: Robert

Robert bergambar bersama pegawai jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarkat yang hadir.

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin menyarankan agar sistem tagal diperluaskan di sungai-sungai yang terdapat di daerah ini khususnya kawasan DUN Bingkor.

Katanya, sistem tagal bukan sahaja satu progam pemuliharaan sungai dan ikan tetapi ia juga merupakan salah satu produk pelancongan di kampung-kampung yang mengamalkannya.

Selain itu katanya, ia juga meningkatkan sumber ekonomi penduduk di kawasan berkenaan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Bingkor berkata demikian pada program pemuliharaan Sungai ikan air tawar, pelepasan anak ikan tempatan ke sungai di Kampung Sungoi pada Sabtu.

Pada masa sama Robert berkata, beliau menyokong apa juga program dan sistem tagal yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan di sungai-sungai di kawasan Bingkor.

Beliau juga menyeru agar pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini agar memberi kerjasama bagi memastikan program-program Jabatan Perikanan dapat dilaksanakan dengan baik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN