RANAU: Perlantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Komuniti Kampung (JPKK) punyai peranan dan fungsi serta tanggungjawab penting di sesebuah kampung, kata Ketua Wiramuda Parti Soliduriti Sabah Tanah Airku (STAR) yang juga Timbalan Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Kong Soon Choi (gambar).
Menurutnya, perlantikan JPKK memang perlu suatu proses yang telus dan tiada sangkut paut dengan ideologi politik. Ini disebabkan jawatan selaku JPKK adalah individu yang bertanggungjawab utk mempastikan kemajuan dan keselamatan kampung termasuk komuniti sentiasa diambl perhatian.
Justeru, cadangan utk mengadakan sistem pengundian JPKK releven kerana penduduk di sesebuah perkampungan akan dapat memilih siapakah individu yang layak menjawat jawatan tersebut. Satu kaedah lain lagi yang di fikirkan baik adalah menerusi sistem temuduga.
Mana-mana individu yang di pilih oleh penduduk, perlu menjalani proses temuduga dan lembaga penemuduga perlulah dibentuk oleh Kementerian berkaitan untuk mempastikan calon JPKK benar-benar layak menjawat jawatan terbut.
Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi positifnya terhadap penamatan tugas semua JPKK peringkat P.179 Ranau baru-baru ini.