Gambar: (Dari kiri) …Azman, Marianah dan Marina
Oleh: Salwah Aramat
RANAU: Tindakan kerajaan melaksanakan lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 01Jun hingga 14 Jun 2021, mendapat reaksi positif daripada kalangan penduduk daerah ini.
Beberapa warga Ranau, yang sempat ditemui menyifatkan tindakan kerajaan melaksanakan PKP itu sebagai wajar bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang kini masih melanda dunia.
“Rakyat harus akur dengan tindakan kerajaan untuk melaksanakan lagi arahan PKP bagi melindungi rakyat negara ini daripada jangkitan Covid-19 yang sukar dijangka bila akan berakhir”, jelas Penolong Pembantu Pegawai Luar Parlimen (PPPLP) Ranau, Azman Bin Abd. Aziz.
“Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga, Komuniti dan Negara Kita serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) wajib kita titikberatkan ke dalam diri masing-masing”, tegas Pengerusi Persatuan Peniaga Sayur dan Peruncit Bumiputra (PPPPB) Kundasang, Marianah Taliban.
Seorang lagi penduduk yang ditemui, dari Kg. Napong 1 Ranau, Marina Gomporuh juga menyokong penuh dengan pelaksanaan arahan PKP itu demi memutus rantaian Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan kes wabak tersebut di seluruh negara.