24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perkis Laksanakan Tanggungjawab Sosialnya Kepada Masyarakat 

KETUAI..Lajim (enam dari kanan) mengetuai rombongan untuk menyampaikan sumbangan juadah berbuka kepada kaki tangan hospital Beaufort .

BEAUFORT: Meskipun belum sampai setahun ditubuhkan di negeri ini, Persatuan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) aktif melaksanakan program tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.

Terbaru persatuan tersebut telah menyampaikan sumbangan juadah Berbuka Puasa kepada petugas barisan hadapan iaitu pihak Polis ,Bomba dan Hospital di daerah Beaufort.

Majlis yang dianjurkan oleh (PERKIS) Bahagian Beaufort itu turut dihadiri oleh Presidenya  Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin  yang menyerahkan sendiri sumbangan kepada penerima .

TURUT DISENTUNI..Lajim bersama rombongan ketika menyampaikan sumbangan juadah berbuka di ibu pejabat Polis daerah Beaufort.

Sebelum ini (PERKIS)juga telah menyampaikan sumbangan serupa di sekolah Tunas Bakti Kota Kinabalu selain sumbangan kepada,pasukan petugas barisan hadapan di Kota Kinabalu dan bantuan kepada golongan asnaf di Sepanggar dan Beaufort.

Menurut Lajim sebagai sebuah persatuan yang bersifat NGO selain fokas utamanya dalam bidang dakwah tanggungjawab sosial kepada golongan yang memerlukan tidak diabaikan.

Lajim berkata sumbangan kepada barisan hadapan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 sebagai penghargaan persatuan tersebut kepada mereka yang bertugas tanpa mengira penat lelah ketika menjalankan tugas demi mencegah penularan virus Covid-19 dan penyelarasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

” PERKIS baru saja diluluskan pendaftarannya selain fokus utama kita kepada bidang dakwah tanggungjawab sosial kepada masyarakat juga turut kita laksanakan” katanya ketika ditemui selepas agihan sumbangan berbuka puasa di Beaufort baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden PERKIS Haji Sani Abdul Maarif dan Ketua Bahagian PERKIS Beaufort Haji Jusoh Haji Sarin.

Menurut Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) melalui kegiatan turun padang masyarakat akan lebih mengenali peranan PERKIS apa lagi persatuan tersebut baru ditubuhkan masih ramai masyarakat belum mengenalinya.

Dalam pada itu Lajim berkata PERKIS ketika ini sedang menyusun penubuhan cawangan cawangan dan bahagian bahagian di seluruh Sabah dan antara bahagian yang sudah diwujudkan bahagian Beaufort Kota Kinabalu, Sepanggar dan lain lain bahagian.

” Setakat ini sambutan memang begitu menggalakkan dan dalam tempuh terdekat ini lebih banyak cawangan cawangan dan bahagian bakal diwujudkan di peringkat penaja” katanya..

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN