SOKOGAN SEMANGAT…Siti Aminah bersama Penolong Pegawai daerah Menumbok Joumat Haji Bisnim semasa berkunjung ke rumah seorang warga emas yang selamat dalam kebakaran rumah yang berlaku di Kampung Melikai Menumbok baru baru ini.
BEAUFORT: Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort akan terus mendekati golongan yang terkesan dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya golongan kurang berkemampuan ,ditimpa musibah, warga emas golongan, kurang upaya, dan mereka yang terlantar sakit
Ketuanya Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata , walaupun berhadapan dengan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu hujan dan banjir, Pergerakan Wanita Umno bahagian Beaufort akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menyantuni rakyat yang terkesan dengan setuasi ini mengikiut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan
“ Kita memahami kedaan ketika ini dalam setuasi PKP berjalan ditambah lagi keadaan cuaca yang tidak menantu semua pihak terkesan khususnya golongan yang kurang berkemampuan, sakit atau ditimpa musibah, justeru pergerakan Wanita Umno bahagian ini dalam keadaan terkawal dan mengikut SOP yang ditetapkan ,kita akan terus mendekati golongan ini untuk menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan beban yang mereka tanggung” katanya ketika ditemui selepas melakukan beberapa progam ziarah di kawasan Parlimen Beaufort yang melibatkan dua buah DUN Klias dan Kuala Penyu baru baru ini.
Menurut Siti Aminah Umno khususnya Pergerakan Wanita ,cakna dengan masalah yang dihadapi oleh golongan ini,justeru Pergerakan Wanita akan terus mendekati dan melaksanakan tanggungjawab sosial parti kepada masyarakat.
SUMBANGAN…Siti Aminah bersama rombongan ketika menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penduduk di kampung Melabau Beaufort.
“ Kita tidak mahu timbul presepsi parti (UMNO) khususnya pergerakan Wainta hanya bergerak secara bermusim terutamanya ketika pilihanraya atau semasa pemilihan parti ,kita mahu parti sentiasa di hadapan mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan golongan ini sekali gus mendekatkan parti dengan mereka ” jelas Aminah.
Aminah yang juga Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat meminta semua ketua ketua cawangan Wanita Umno di bahagian ini agar sentiasa cakna terhadap sebarang isu atau masalah yang dihadapi di setiap komuniti masing-masing.
Ini menurut beliau penting agar golongan yang berhadapan dengan masalah yang kritikal tidak terbiar dan bantuan segara dapat disampaikan.
“ Kita berharap semua pemimpin akar umbi khususnya Wanita Umno sentiasa memantau keadaan ini dan menyalurkan segara maklumat kepada pejabat Pergerakan Wanita agar langkah susulan dapat diambil tindakan segara” tambah Siti Aminah