KENANGAN…Orang ramai sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan dan Datin Helena(depan tengah).
RANAU: Majlis Rumah Terbuka semasa sesuatu perayaan merupakan landasan utama dan terbaik untuk mengeratkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan rakyat berbilang kaum, agama, budaya dan idologi politik.
Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, berkata, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Pesta Kaamatan, Deepavali, Hari Gawai dan Tahun Baru Cina merupakan titian utama rakyat meningkatkan perpaduan serta persaudaraan.
“Rumah Terbuka juga perlu dikekalkan sebagai ruang dan peluang lapisan masyarakat memupuk
‘Ikatan Silaturrahim’ dikalangan mereka”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Biro Agama Islam Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau di Pentas Budaya pekan Kundasang pada Ahad.
Datuk Jonathan memuji komitmen tinggi Jawatankuasa pelaksana kerana berjaya menganjurkan majlis itu yang julungkali diadakan di Pentas Budaya pekan Kundasang.
Menurutnya, kejayaan itu membuktikan suatu kerjasama padu dikalangan semua termasuk Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB), Kundasang, KHR Kundasang, Persatuan Pemborong dan Peruncit Sayur Bumiputra Kundasang dan KRT Kundasang yang telah bersama-sama berusaha menjayakan majlis tersebut.
Terdahulu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama Islam pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, Hussien Jirat dalam ucapannya, mewakili Jawatankuasa Biro, merakam terimah kasih kepada Datuk Jonathan kerana membantu menghulurkan sumbangan dana kewangan kepada Biro bagi menjayakan majlis tersebut.
Hussein juga berterima kasih atas kerjasama daripada semua Jawatankuasa pelaksana telah memastikan majlis berjalan lancar, teratur serta meriah.
“Kita mengharapkan agar majlis ini akan menambah eratkan lagi persaudaraan sedia terjalin antara kita semua”, tambah Hussen.
Sempena majlis itu, Datuk Jonathan dan isteri tersayangnya, Datin Helena Masry telah meyantuni lebih 40 keluarga asnaf, dan warga emas dengan sumbangan Duit Raya.
Majlis itu telah dihadiri lebih seribu penduduk termasuk para para pelancong dari dalam dan luar negeri telah diserikan dengan persembahan lagu Nasyid dari Kumpulan Nur Islam dari Kundasang lama telah memerembahkan dua buah lagu, ‘Aidilfitri’ dan Pinatahak Kouinsikahan’ dan persembahan lagu-lagu Raya menerusi Karaoke oleh para artis tempatan.