31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Perasmian Tadahan Baharu Paip Graviti Kg. Nunuk Ragang

Abidin dan lain-lain menunjukkan tanda bagus kepada tadahan baharu paip graviti di Kg Nunuk Ragang

RANAU: Ratusan penduduk di sini menarik nafas lega selepas tadahan baharu paip graviti di kampung mereka akhirnya siap sepenuhnya dan dapat dimanfaatkan oleh penduduk.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir yang merasmikan paip graviti tersebut berterimakasih kepada Kilang Sawit Toupos yang menyumbangkan pembinaan tadahan baharu paip graviti tersebut.

“Kita bersyukur kerana tadahan baharu paip graviti di Kg Nunuk Ragang sudah siap dan kini dapat dinikmati oleh penduduk-penduduk di sini.

“Kita berharap agar fasiliti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk dan dapat memudahkan mereka dalam kehidupan sehari-hari.

“Diharapkan juga agar penduduk di sini dapat menjaga serta menyelenggara tadahan paip graviti yang telah disumbangkan ini supaya ia terus dapat dinikmati oleh penduduk hari ini dan juga di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Nunuk Ragang, merakamkan kesyukuran kerana sumbangan dana daripada Kilang Sawit Toupos sebanyak RM20 ribu untuk pembinaan tadahan yang dilaksanakan secara gotong royong.

“Sebanyak12 kali sesi gotong royong telah diadakan sehingga selesai pembinaan tadahan baru paip graviti Kg. Nunuk Ragang.

“Pembinaan tadahan air ini telah memberi manfaat kepada 46 rumah di perkampungan Nunuk Ragang dan kami bercadang untuk membuat penyambungan paip ke SK Nunuk Ragang apabila peruntukan sudah diperolehi.

“Sebagai pemimpin kampung, kita akan setiasa memberi kerjasama dengan Kilang Sawit Toupos di mana diperlukan kerana persefahaman di antara penduduk kampung dan kilang ini amat diperlukan demi kebaikan bersama,” katanya.

Beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Abidin yang juga Adun Paginatan atas sumbangan dan peruntukan yang diberikan kepada penduduk Kg. Nunuk Ragang seperti pembekalan lampu solar, atap zinc, pendawaian dewan, pembinaan dapur dan tandas dewan dan banyak lagi.

Turut hadir, Pemimpin Pembanguanan Masyarakat (PPM) Hishamudin Harun, CDO Jipili Sigal, Wakil Kilang Toupos, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, Juis Konsuling dan lain-lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN