25.6 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peranan PIBG matapkan usaha SMK Pantai mertabatkan murid

ISMAIL ketika berucap pada mesyuarat PIBG SMK Pantai

LABUAN: Peranan PIBG sangat penting untuk memantapkan usaha sekolah  mengangkat martabat murid demikian kata  Pengetua SMK Pantai, Labuan, Ismail Abdullah ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Pantai yang diadakan baru baru ini.

Beliau berkata, pihak sekolah sedarbahawa pembangunan adab dan akhlak murid perlu diberi tumpuan khusus kerana jika murid beradab dan berakhlak, mudah mereka menerima pelajaran dan guru-guru juga lebih banyak masa ditumpukan kepada aspek pembelajaran.

Bagaimanapun katanya,  lumrah alam persekolahan, tentu ada juga sebilangan kecil murid yang terlibat dalam pelanggaran disiplin di sekolah

Justeru beliau berharap pihak sekolah agar ibu bapa  bersama-sama menangani hal ini. Ibu bapa menguruskan anak-anak di rumah, guru-guru menguruskan mereka di sekolah berpandukan garis panduan disiplin KPM yang sedang berkuatkuasa.

Dalam hal ini katanya, pembangunan bakat dan kepimpinan murid juga akan diberi tumpuan selaras dengan slogan “SMK Pantai mengangkat martabat murid”.

“Pihak sekolah akan memberi peluang seluas-luasnya kepada murid untuk terlibat dan bersaing di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa dalam pelbagai aktiviti atau pertandingan yang ad” ,katanya.

Ismail  turut berkongsi rasa gembira kerana salah seorang muridnya Nur Allya Mardiana Jairin telah dipilih sebagai penyanyi utama dalam Konsert DiRaja Kementerian Pendidikan Malaysia yang diadakan di Istana Budaya bar-baru ini.

“Nur Allya membuat persembahan di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan ini adalah antara pencapaian tertinggi bagi murid-murid  Labuan di peringkat kebangsaan.” Katanya.

Jelasnya lagi, kejayaan-kejayaan lain seperti pencapaian pingat emas oleh Rosyam Qusyairi Aspar di Kejohanan Tae Kwondo Antarabangsa di India, emas SUKMA oleh Nur Aimileeya Ismail serta banyak pencapaian lain dalam sukan Boling Padang, Petanque dan Tae Kwon Do membuktikan murid-murid SMK Pantai tidak ketandusan bakat dan faktor sokongan ibu bapa juga merupakan faktor terpenting.

Sementara itu Pemangku Yang DiPertua PIBG SMK Pantai Daisy Jack  dalam ucapannya menjelaskan  pihaknya (PIBG) akan terus memberikan komitmen bersama-sama pengetua dan guru-guru SMK Pantai  bagi memastikan prestasi SMK Pantai dalam pelbagai bidang akan sentiasa menunjukkan peningkatan.

Dianggarkan kira-kira 400 orang ahli PIBG SMK Pantai hadir pada mesyuarat tersebut yang turut menyediakan pelabagi aktiviti sampingan termasuk cabutan tiket bertuah yang menyediakan hadiah lumayan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN