Ellron (dua dari kanan)bersama Jenuin (dua dari kiri) memotong riben sebagai simbolik pelancaran PANDARAS Sook.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sook Datuk Ellron Alfred Angin mengalu-alukabln Penubuhan Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (PANDARAS) di kawasan Sook.
Ini katanya, kerana PANDARAS meletakkan kebajikan serta hak orang asal Sabah sebagai misi utama.
“Kita harus menyokong penuh penubuhan persatuan ini kerana ia turut memperjuangkan hak oran asal di negeri ini” katanya semasa berucap melancarkan penubuhan PANDARAS Sook di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Rakyat STAR DUN N.45 Sook, Kampung Biah Tengah dekat sini hari ini.
PANDARAS Sook diketuai oleh Pahaka Mayo Leonard Andreas sebagai Pengerusi.
Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan dalam ucapannya turut memuji dan menyokong penubuhan PANDARAS yang mempunyai intipati perjuangan sama dengan kerajaan GRS iaitu ingin mengembalikan hak-hak orang Sabah terutamanya dalam perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Saya melihat perjuangan PANDARAS ini seiring dengan visi kerajaan Sabah sekarang, dan saya amat menyokong penuh perjuangan mereka ini” tambah Ellron.
Pada masa sama Ellron menegaskan kepada semua khususnya ahli-ahli PANDARAS agar elakkan daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk memecahbelahkan ikatan perpaduan semua etnik orang asal di Sabah.
Terdahulu Presiden PANDARAS Jenuin Bungkak, dalam ucapannya berkata, PANDARAS merupakan satu persatuan yang berperanan dalam memartabatkan hak-hak orang Sabah.
“Kami sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak samaada kerajaan, pihak swasta mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyokong perjuangan kami” katanya.
Jenuin turut menekankan PANDARAS juga merupakan platform penting dalam melestarikan budaya dan warisan Orang Asal Sabah selain bertindak sebagai agen kesedaran kepada masyarakat Sabah terutamanya golongan muda.
Beliau berkata, PANDARAS merupakan satu persatuan yang baharu sahaja ditubuhkan pada 26 Ogos 2020 dan kini mempunyai keahlian seramai 8000 orang di seluruh Sabah.