31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pensyarah, Penuntut UMS Hasilkan Buku AR Hari Kebangsaan

BARISAN Pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam menghasilkan Buku AR.

Kota Kinabalu: Sembilan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menghasilkan Buku Interaktif Digital Augmented Reality (AR) sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Pasukan yang terdiri daripada seorang pensyarah dan lapan penuntut dari Fakulti Komputeran dan Informatik, UMS-Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) itu diketuai oleh pensyarah, Ryan Macdonell Andrias.

Menurut Ryan, pasukannya mengambil masa lebih kurang sebulan untuk membangunkan buku dan web aplikasi tersebut yang mengandungi animasi 2D, 3D dan video berkenaan tema dan logo Hari Kebangsaan 2023 dan Malaysia Madani melalui teknologi AR.

Selain itu katanya, projek dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) itu turut membangunkan buku AR Antanom, Postcard AR Dance dan Virtual Reality (VR) Dance.

Jelas beliau lagi, buku dan web aplikasi berkenaan  telah  pun dipamerkan sempena program Pameran Interaktif Digital Budaya AR & VR Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang di  Centre Point Kota Kinabalu  anjuran LKNS, pada Sabtu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN