25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PENSTRUKTURAN BAHARU SYARIKAT LDA LABUAN (HOLDINGS) SDN

Mohammad Rizdun Ibtahim…Pengarah Eksekutif LDAH Sdn. Bhd.

LABUAN: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Labuan (YPL), Mohammad Rizdun Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Eksekutif LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. (LDAH) berkuatkuasa 1 November lalu.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat LDAH, Rahimah Lamat berkata, kelulusan pelantikan yang dibuat oleh Ahli Majlis Yayasan Pembangunan Labuan itu merupakan salah satu usaha pengurusan strategik dalam pemantapan struktur dan sistem pentadbiran dan operasi anak-anak syarikat.

Katanya, sebelum pelantikan Pengarah Eksekutif, syarikat yang berpejabat di Aras 1 Terminal Feri Antarabangsa Labuanitu telah melantik empat Lembaga Pengarah yang diketuai Datuk Khalid Abdul Ghani sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah dan tiga ahli yang lain masing-masing Datuk Peter Mak, Haji Hamir Haji Zahari dan Dr. Sulong Junaidi pada Mei 2020 lalu.

Katanya, pihak syarikat akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan pengguna yang menggunakan perkhidmatan, fasiliti awam dan kemudahan pengangkutan feri dan bot di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Jelasnya lagi, LDAH akan terus berusaha gigih untuk menjana pendapatan dan memperluaskan bidang perniagaan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan semula ekonomi negara sungguhpun berhadapan dengan krisis ekonomi dan ancaman pandemik COVID 19 yang diluar jangka.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN