26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Penjawat Awam Dinasihat Bantu Kerajaan Membina Semula Negara

TEAM Prihatin PL…..Mohd Khairul Adib (duduk tengah), Dr Fary (duduk kiri) dan Dr Ismuni (duduk kanan) bersama Skuad Team Prihatin PL

LABUAN: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman menasihatkan Penjawat Awam agar bersama sama kerajaan untuk membina semula Negara dengan membantu syarikat swasta.

Selain itu katanya, penjawat awam juga perlu membantu rakyat menjana ekonomi Negara yang terjejas akibat Pendamik COVID 19.

“Kita perlu melihat kembali peranan penjawat awam dalam pembangunan negara justeru itulah dalam ucapan saya tadi menasihatkan penjawat awam supaya terus bersama-sama pihak kerajaan untuk membina semula negara dengan membantu pihak swasta,” katanya.

AMANAT….. Mohd Khairul Adib ketika menyampakan amanatnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr. Ismuni Bohari.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Mohd Khairul Adib menyeru penjawat Awam yang dianggarkan lebih 1.6 juta supaya terus mengekalkan status mereka sebagai ‘neuteral’ tanpa melibatkan diri dalam hal politik.


HADIR….Pegawai-pegawai kanan Perbadanan Labuan yang hadir pada majlis tersebut.

“Penjawat Awam seharusnya tidak terlibat dalam hal politik dan biar ia diuruskan oleh orang-orang politik, kita hanya melaksanakan dasar yang ditetapkan kerajaan”.

“Mereka orang politik mendapat mandat rakyat dan kita perlu hormatinya, jangan kita terlibat serta memihak kepada politik tertentu apa lagi menggunakannya untuk kepentingan tertentu” katanya.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan Skuad Team Prihatin PL (Perbadanan Labuan) selaras dengan konsep Wilayah Prihatin yang diwujudkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Majlis Penyampaian Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan telah dihadiri lebih 150 pegawai dan Ketua Ketua Jabatan dan agensi kerajaan termasuk pegawai dari Perbadanan Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN