24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Peniaga gerai sayuran segar tanah tinggi lega dan berterima kasih kepada kerajaan.

GAMBAR ATAS : Kawasa bersama isteri tersayangnya, Glotia Binti Maidin 64, memperlihatkan antara jenis sayur yang mereka jual di gerai mereka.

KUNDASANG: Warga petani khususnya   para peniaga gerai sayuran segar tanah tinggi di sini  berasa Lega dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi kelonggaran kepada rakyat supaya beroperasi membuka semula aktiviti perniagaan walaupun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Kami selaku petani dan penjual sayur-sayuran segar di sini, berterima kasi kepada kerajaan kerana memberi kelonggaran kepada rakyat terutama para peniaga untuk membuka premis perniagaan masing-masing meskipun setiap individu harus mematuhi  System Operating  Procedure (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan”, jelas salah seorang pemilik gerai sayur pekan Kundasang, Kawasa Bin Kasimin 65,  dari Kg.Dumpiring  Atas Kumdasang.

Menurutnya, lebih 100 buah gerai (Kiosk) menjual sayuran segar dan bunga hidup sudah beroperasi  meskipun PKPP yang hnya akan berakhir 31 Ogos 2020.

“Kami sudah mula beroperasi walaupun mengalami  kekurangan pelanggan”, jelasnya.

Beliau memakumkan, lokasi Iain yang turut di buka kepada orang ramai ialah pusat-pusat pelancongan  di  Kundasang dan kawasan Ranau. -BDB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN