Siti (tengah) dengan dua rakannya.
KUNDASANG: Seramai lebih kurang 160 orang peniaga sayur segar tanah tinggi di gerai sekitar Pekan Kundasang merayu kepada pihak berwajib supaya melanjutkan tempoh masa berniaga dari 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan bukannya sehingga jam 2.00 petang seperti yang dikuatkuasakan sekarang.
Jurucakap peniaga terlibat, Suhaji Bin Sumail 65, dari Kg.Dumpiring Atas, memberitahu mereka yang cukup terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) elak jangkitan Covid-19.
“Namun kami mohon supaya kelonggaran dapat diberi untuk kami beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang untuk memberi ruang dan peluang kepada peniaga gerai di sini dan para pelanggan dari lain yang singgah untuk membeli sayur”, jelas Suhaji.
Beberapa lagi peniaga yang ditemui, sepandapat dengan Suhaji kerana kalau setakat sehingga jam 2.00 petang sahaja memang pendapatan para peniaga boleh dikatakan ‘Kosong’ kerana dengan masa para peniaga berniaga terhad sehingga jam 2.00 sagaja.
SUHAJI… harap rayuan dipertimbangkan
“Masa untuk kami berniaga cukup terhad menyebabkan ada peniaga yang ‘kosong’ tiada pendapatan dalam sehari”, jelas Rosmini Binti Raimin 53, dari Kg.Dumpuring Atas.
Dua orang lagi peniaga sayur Segar di Kiosk yang ditemui, Siti Jinih 53, dari Kg.Lembah Permai dan Jamilah Binti Juhimin 38, dari Kg.Masilou turut menyokong penuh supaya tempuh masa mereka beroperasi dibenarkan dari jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan kalau boleh hingga ke jam 9.00 malam.
“Sedangkan semua pasar raya, kedai gunting, saloon dan kedai runcit yang lain dibenarkan beroperasi sehingga jam10.00 malam, jadi kenapa pula kami tidak dibenarkan?
” Dalam pasar raya kawasan agak tertutup dan ramai orang pula berbanding Gerai Kiosk kawasannya (lapang) dan terbuka luas serta cukup dengan udara segar”, tambah Jamilah