Pegawai Penguatkuasa KPDN Labuan ketika melakukan pemeriksaan di sebuah premis perniagaan dalam Ops Kita Gsmpur pada Sabtu.
LABUAN: Seorang peniaga di dikenakan kompaun selepas didapati gagal mempamerkan tanda harga dalam satu operasi ‘Kita Gempur’ oleh anggota penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan., pada Sabtu
Menurut kenyataan KPDN di sini,
tindakan itu diambil selepas pemeriksaan melibatkan aspek harga, alat timbang, barang kawalan dan jualan murah yang dijalankan disekitar pusat bandar.
Peniaga terbabit dikenakan kompaun mengikut peruntukan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723].
Sebanyak 40 premis perniagaan lain turut diperiksa dan kesemuanya didapati mematuhi undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
KPDN Labuan menegaskan komitmen untuk terus melindungi kepentingan pengguna serta memastikan suasana perniagaan kekal adil dan beretika.



